rakan setia..

Jumaat, Disember 17

aq dan perubahan..

salam ukhuwah saya ucapkan,
kepada semua yg membaca ini,
pantun 4 kerat saya tampilkan,
harap semua sabar menanti..


buat pantun sampai termimpi,
mimpi indah menjadi ngeri,
nama saya amirul rosli,
memperkenalkan diri tidak terperi..


shopping di kelantan menaiki kereta,
ditipu penyewa tidak terhingga,
11hb bermula nya cerita,
pertemuan semula suksis tercinta..


menaiki bas ke terangganu,
agro setiu tempat destinasi,
kursus eika kursus yg perlu,
bagi menjamin kehidupan ini..


pisang emas dibawa berlayar,
gunung daik bercabang tiga,
kursus etika membantu kita,
membentuk insan lebih sempurna..


ajaran diberi jurulatih sendiri,
harapan diletak menggunung tinggi,
kalau anda pelajar bestari,
jangan kita selalu mimpi..


walaupun kawad tidak seberapa,
kesabaran jurulatih tidak terhingga,
denda diberi mengikut hadnya,
disiplin anggota tujuan utama..


dua tiga kucing berlari,
kucing berlari menggunakan kaki,
mengapa masih meragui diri,
suksis umk pasti berapi..


tangan disusun begitu rapi,
tanda untuk mengundur diri,
salah silap harap dimaafi,
pantun ini nukilan sendiri..


adios..
**pertandingan semasa kursus etika dan pengurusan integriti..

Tiada ulasan: