rakan setia..

Jumaat, Ogos 26

mari renungkan tahap kebahagiaan kita..


Makin tinggi sifat mazmumah seseorang,makin ia tidak bahagia.sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-dua nya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia akhirnya..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain..

Disini sy nak kongsi sifat2 mazmumah yang menghilangkan bahagia di hati seseorang..

1.pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.orang seperti ini jarang dapat berkawan dan hati nya tentu tidak terang.

2.pendendam – tersembunyi iaitu bagai mengumpul lahar didalam dada..orang seperti ini sentiasa mencari2 peluang untuk membalas dendam hatta secara kecil sekalipon seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.

3.hasad dengki – amalan nya hangus akibat hasad dengki nya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan..

4.bakhil – sentiasa merasakan orang lain mengingin kan harta, kesenangan dan pangkat darinya..contoh nya sentiasa berdalih mengatakan tiada duit (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih saying orang yang fasik tetapi pemurah daripada abid tetapi bakhil.. biarpun fasik, pemurahnya itu tetap memberi manfaat kepada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah manfaat kan melalui makhluk.

5.tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut..walaupon berapa baying diminum tidak akan habis..ingat lah,yang dikatakan rezeki ialah apabila ia dipakai atau digunakan oleh kita.selagi tidak diguna iaitu disimpan,itu belom boleh dikatakan rezeki kita.biarlah rezeki itu sedikit tp mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan..

6.tidak sabar – andainya perkara yang kecil tidak boleh sabar apatah lagi hal2 yang lebih besar.

7.ego/angkuh – ibu segala mazmumah.ia membuatkan seseorang tidak tenang.. orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar dasi sudut zahir ataupon batin.semua orang ada ego nya sendiri,Cuma tinggi rendah tahap keEGOan nya..

8.riak – terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon dihadapan orang. Jika dipuji, ia akan menambah amal nya tp jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak n takabbur dengan apa yang kita ada..

9.cinta dunia – x dapat dunia menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pulak nak jaganya.. berhartalah,tetapi kawal hati jgn diletakkan hati pada harta itu. Bila mati kita Cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh. Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Letakkan lah akhirat itu dihati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi dan akhirat dibawa mati.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih untuk blog yang menarik