rakan setia..

Memaparkan catatan dengan label petikan sms tercinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petikan sms tercinta. Papar semua catatan

Sabtu, April 9

di saat ini..

Ya Allah..
ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa tetapi hanya kerana Mu..
belajar ini bukan untuk kepentingan diri, bahkan untuk kepentingan seluruh umat Rasul Mu..
belajar ini bukan untuk dunia tetapi untuk mencari keredhaan Mu..
belajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zaman Mu..
ajarkanlah kami apa2 yang kami tidak tahu tentang ilmuMu..
ingatkanlah kami apa2 yang kami lupa tentang Mu..
redhailah setiap langkah perjuangan kami..
kerana kepadaMu lah kami akan kembali..
amin..

nasihat untuk diri ini dan semua..

“ambil lah masa” unyuk memahami hati &perasaan seorang kawan..
Kerana dia juga seorang manusia..
Dia juga ada rasa takut, Ada rasa bimbang, sedih dan keciwa, dia juga ada kelemahan & dia juga memerlukan kawan sebagai kekuatan..
Kita selalu melihat dia ketawa..tetapi mungkin sebenarnye dia tidak setabah yang kita sangkakan..
Selamilah hatinya sebelum hatinya menjadi sekeras kerikil..

buat sahabat ku..

Ya allah..
Tika Kau hadiahkan aq seorang sahabat..
Kau jadikan lah hati ku bersyukur atas kurniaan Mu..
Kau jadikan lah hatinya lapang menerimaku..
Kau jadikanlah sahabat ku ini teman seperjuangan ku,
Peniup semangat jihad ku..
Saling membantu memikul amanah dakwah Mu..
Kau jadikanlah ukhwah ini disemai atas redhaMu..
Teguhkan atas cinta padaMu..
Dilindungi dari maksiat dan hal2 yang melalaikan kami dari megingatiMu..
Ya Allah..
Bahagiakan lah hatiku dan hati sahabat2ku dengan cinta kepada Mu..
aminn..

takdir

Takdir kadang2 mempertemukan sesuatu yang x diundang,
Menduga dalam bermacam ragam,
Memberi apa yang x dirancang,
Membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan,
Dan takdir juga membuatkan kita rase kehilangan,
Namun takdir memberi kita erti perkenalan,
Menyulam erti kasih saying,
Mengenali erti sebuah PERSAHABATAN,
Merasai erti kegembiraan,
Mengenali sebuah ketabahan dan memberi erti sebuah KEAKRABAN,
Memberi peluang menilai siapa sahabat, kawan, dan siapa sekadar kenalan dalam episode kehidupan..