rakan setia..

Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 9

penat jadi baik?? Jom jadi jahat..

"haish"..
apa lagi??mengeluh la ramai2..saya tahu ada ramai yang dah penat jadi baik..
penat sangat kan??sbb bila kita buat baik orang x nampak..
so kali ni mr.weird nak menyeru korang semua untuk berbuat JAHAT..
ye..mari kita ramai2 berbuat JAHAT..
kat sini ader beberapa kejahatan berserta cara yang paling jahat yang mmg akan dipandang oleh Allah..

1.merompak..
di sini saya menekan kan supaya kita merompak dengan bersungguh2, dimana kita perlu mengaut semua keuntungan yang boleh kita dapat..jom kita rompak rahmat Allah..kita kaut semua rahmat, nikmat yang Allah beri kepada kita..jangan biarkan sikit pon pembaziran berlaku..

2.couple..
jangan main2..couple nie bukan kaple yang biasa2 tau..couple nie kne dengan penuh nafsu..
supaya kita dapat sepenuh nikmat couple tuh..kita in relationship dengan Allah..pasti kan kita sentiasa rapat dengan Allah..x kira pagi, petang, or malam..nak tido pon kne rapat ngan Allah..dan yang paling penting on9 dengan Allah lima kali sehari untuk meningkatkan lagi rase kasih sayang tu..khusyuk tau..

3.membunuh..
dekat sini da lebih serius..so take notes k..task die susah sikit..bunuh segala nafsu dan godaan yang boleh mendatangkan kebaikan kepada syaitan yang direjam..INGAT!!jgn sesekali beri peluang kepada syaitan tuk mendapat kesenangan..

4.jadi lah manusia yang menyusahkan..
cam pelik pula kejahatan yang ke 4 ni..xper2..task tuk kejahatan yang keempat nie senang sikit..cara dia, mulakan setiap perkara dengan Bismillah ataupon doa..so kat sini kita boleh menjadi seorang yang menyusahkan syaitan..

rasanya 4 pon da cukup kot..banyak2 naty jadi masalah plak..biasa lah..menyeru kepada kejahatan..tp kne ikot ape yang di pandukan di atas..kalau x ikot..x jahat la..selamat mencuba.. ^^

assalam..

Isnin, Disember 5

baik dan jahat..

assalam..
kat sini sy menyeru pembaca semua untuk sentiasa memuhasabah diri..

ape tu muhasabah diri??
makanan??gadget??
semua orang tahu ape tu muhasabah diri??

next, siapa yang boleh muhasabah diri??
orang tua??orang yang kaya??orang yang pakai kete honda je ke??
ke peminat2 justin bieber je yang boleh muhasabah diri??

jawapan nye muhasabah diri tu perlu bagi setiap lapisan masyarakat x kira tua, muda, kaya, miskin, beragama, athies, or macam2 lagi golongan..
knape perlu muhasabah diri??
supaya kita sentiasa tahu adakah ape yang kita dah lakukan dalam dunia nie untuk, hari yang lepas boleh memasokkan kita dalam syurga yang hakiki..
so mari kita tanye ramai2 dalam hati kita..
da baik ke kita nie??

ingat lah wahai tetamu semua,
kebaikan ialah apabila tinggi di sisi Allah, tetapi tiada seorg pun makhluknya yang mengetahui..
kejahatan ialah apabila hina disisi Allah, dan diketahui mahupun tidak oleh makhluk di dunia ini..

jadi disini sy mencabar umat akhir zaman (termasok diri sy)..
bolehkah anda semua membuat kebaikan dan mengekalkan nya tanpa seorang dari makhluk Allah dimuka bumi ini mengetahuinya tanpa perasaan riak sedikit pon di dalam hati anda..
bolehkah anda??

sekian wassalam..

Jumaat, November 25

kemaafan..

assalam..

kemaafan,
adakah semua orang boley beri kemaafan??
susahkah untuk lontarkan kata maaf..??
susahkah untuk memaafkan seseorang??
bagi sy x susah untuk berikan kemaafan kepada seseorang??
kenape?
sbb nye sy rase semua org perlu diberi peluang untuk berubah..
sekali, duakali, tigakali..........

x kesah berapa kali sekali pon..
kita kne maafkan diowng..
guide mereka sume kearah yang lebih baik..
guide diowng supaya x melakukan bende yang sama..
guide diowng mase diowng memerlukan seseorang untuk berada disampaing diowng..

penting dan pelu kah untuk memberikan maaf dan memohon kemaafan??
jawapan dia YA..

untuk menunjukkan yang kita nie sume umat akhir zaman yang x pernah lari dari membuat kesilapan..
untuk menunjukkan yang kita nie memerlukan sesame manusia..
untuk menunjukkan yang kita nie mampu untuk memaafkan dan melupakan..
untuk menunjukkan yang kita nie hamba Allah yang lemah dan memerlukan keampunan daripada Nya..
untuk mengelakkan doa2 kita tergantung antara langit dan bumi..

jadi,
mari la ramai2 kita mohon maaf dengan sahabat2 da juga dari Allah yang maha Esa..

Rabu, Ogos 17

Seorang Lelaki Yang Sangat Kacak Sebagai Teman.


Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah
temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau
apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak
boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...
Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

**hadith ini ana dapat dari satu group dalam fb..so ana rse patot kongsikan ilmu ini..

Jumaat, Ogos 12

islam dan yahudi..

hari ni nk cerita perihal puase..
nie la sikit sebyk yg aq dapat mse dengar khutbah jumaat td..
kita sbgai umat islam berpuasa..
yahudi juga berpuasa..

JADI??

apakah perbezaan kita dengan yahudi??
sama2 berpuasa..kalau nk dikirakan, yahudi pernah jadi umat kesygn Allah dlu..
(betolkn fakta ni??)
so cube kita fikir balik..
tetapkan iman kita mulai sekarang..

WAHAI UMAT AKHIR ZAMAN...
ketahuilah..mmg yahudi dan islam berpuasa..
tp yahudi berpuasa bagi mengenangkan peristiwa2 kelam didalam kehidupan mereka..
mengenangkan peristiwa gelap dalam hidup mereka..
tp kita sbgi UMAT ISLAM berpuasa kerana???
ianya adalah satu KEWAJIPAN bagi kita..
bgi memenuhi kewajipan dalam rukun islam..

BANGUN lah wahai umat islam..
bulan ramadhan yang mulia nie,jom kita tingkat kan amal kita..
jom kita dekat kan diri pada yg maha Esa..

mari perbetolkan niat semula..
IMAN AMAL..

Rabu, Jun 22

sabar dan syukur..

aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar,
Ia beri aku kaktus berduri..
aku minta kupu-kupu,
diberi ulat berbulu..

aku sedeyh dan kecewa..

namun kemudian,
kaktus itu berbundah sekali,
dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik

itulah jalan TUHAN, indah pada masanya..
TUHAN tidak berikan apa yang kita harapkan,
tetapi DIA memberikan apa yang kita perlukan..

kadang kita sedeyh, kecewa, dan terluka..
tetapi jaoh diatas..
segalanya telah DIA aturkan..
DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..

jgn la bersedeyh..syukur la atas apa yang kita ada..smoga video nie dpt membantu kita bersama dalam menjadi khalifah yang lebih baik di bumi Allah ini..
amin..

Ahad, Jun 19

ape la nak jadi..

haaa..pekabar sume..kalo korang tengok gambar kat atas nie..mesti korang tahu kan ape aq nk cter??
waktu nie aq,mama,maktok n wan aq ader kat kedai emas nie..mama aq beli emas..baju merah tu nenek aq..yang baju ungu tu org yang datang kat kedai tu..lelaki baju putih tu pakwe/ suami die..aq pon x tahu sama ada pakwe atau suami..tp yang penting aq x ske betol pompuan nie..puas aq curi tgkap gambar nie..


bagi aq, lau nk lepas..lepas la cam nie..
baru cantik kan??


ok2..ape nk ckp sikit ape yang aq ingat..
lau x silap aq,ustaz aq ckp dlu..kalau pompuan lepaskan rambut, kira nye mendedahkan aurat mereka..diakhirat kelak rambut mereka akan digantung..cara die x tahu camner..tp lau x silap camtu la. bunyi nye..


so same2 kita wat kebaikan ae..x yah la nk pkai tudung lau da camtu rupenye..buruk nk mati..
lau rupe tu da buruk, jgn la nk buruk kan islam plak..ader sebab knape islam suruh pkai tudung..
nak tahu??
post akan datang insyaAllah..


salam ukhuwah fillah..

Khamis, Jun 16

Artikel - Fadilat Puasa Sepanjang Bulan Rejab

ok2, b4 tu aq nk creadit kan article nie kepada beliau sbb aq dapat info nie dari beliau..maaf la..nak taip sendiri panjang..ape pon..harap kita dapat manfaat kan bersama yer..



Assalamualaikum...

REJAB bulan ketujuh dalam kalendar Islam muncul lagi. Rejab yang bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya selain ia adalah bulan yang sangat mulia. Pada bulan itu mengandungi peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan ada berpendapat bulan inilah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad. Tidak kurang juga ramai melihat Rejab sebagai satu bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.


Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam terutama untuk melakukan ibadat dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis yang mengandungi fadhilat ibadat di dalam bulan itu. Justeru, Rejab sebagai bulan yang sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan untuk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh sahabat mengenai kelebihan Rejab.

Amalan terbaik di dalam Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa pada Rejab adalah seperti berikut:

  • Puasa satu hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi (Firdaus).
  • Puasa dua hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
  • Puasa tiga hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
  • Puasa empat hari - diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal. 
  • Puasa lima hari - aman dari azab kubur.
  • Puasa enam hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.
  • Puasa lapan hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya.
  • Puasa sembilan hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun. 
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan.
  • Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  • Puasa 16 hari - Dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
  • Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.
  • Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, seribu kali lebih cantik daripada matahari.
  • Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
  • Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Bersambung...

Isnin, Jun 13

ingatlah wahai teman ku..

kadangkala Allah hilangkan mentari..
kemudian Dia datangkan guruh..
puas kita menangis mencari dimana mentari kita..
rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..

Assalamualaikum sume..pa kabaq??eh..terUTARA plak..
so arinie kita nk sembang pasal ape??sebenar nye idea x muncul2 la..tp disebabkan rse nak update blog..sy pon taip jer la..apa ader ngan ayat2 kat atas tu??adakah korang semua paham ape yang dimaksudkan??rse nye semua yang membaca blog sy nie sume terpelajar..mesti paham lau setakat ayat2 bunga cam kat atas tu..

apa yang sy nk kata jgn hentikan pengharapan kepada yang maha Esa..kenapa??sbb nye kita da pernah janji dlu yang kita akan sentiase bergantung n sentiase melakukan amal ibadah kepadaNya sblm kita roh dimasukkan ke dalam jasad..korang x ingat ker??ish3..sy pon x ingat..tp nie la aper yang berlaku..semua nya dengan kuasa Allah..

Alhamdulillah..sy bukan nak bangga atau bongkak..tp apa yang ayat kat atas tu maksudkan berlaku kat diri sy sendiri..Allah maha kuase kawan2..Dia mampu buat ape jer..yg penting kita jgn berhenti berdoa..

kenape nk kena doa??

bukan kah Allah tahu ape yang kita fikirkan??

bukankah Allah mengetahui setiap pergerakan kita??

doa tu adalah senjata umat islam..doa nie la yang menunjukkan pengabdian kepada Allah..menunjukkan yang kita ni hamba Nya..yang menunjukkan tanpa Allah siapa lah kita nie..jadi jgn berhenti berdoa..
Allah tahu apa yang terbaik untuk umatNya..

jadi sama2 kita berubah kearah kebaikan..mari kawan2..
kita berhijrah..
salam ukhuwah fillah..