rakan setia..

Khamis, Jun 9

lemah nya diri ini..

lemah nya diri ini,
baru sikit allah uji,
dah rebah x mampu berdiri..


lemah nya diri ini,
baru je bayu dunia menyapa pipi,
dah melayang x sedarkan diri..


lemah nya diri ini,
baru sekelumit keindahan wajah diberi,
dah mula lupa diri..


lemah nya diri ini,
baru sikit kejayaan diberi,
dah lupa siapa yang beri..


lemah nya diri ini,
baru sikit buat kebaikan,
riak dan ujub bersorak riang..


lemah nya diri ini,
bila satu kebajikan dimulakan,
x berdaya nak teruskan,
tiada istiqamah dalam amalan..


lemah nya diri ini,
baru diuji dengan seorang lelaki/wanita,
iman da bisu menyepi,
nafsu pula mengawal diri..


lemah nya diri ini,
jalan dakwah kata nak tempuhi,
baru ja melangkah kaki,
beberapa tapak dah berhenti..


lemah nya diri ini,
nikmat anugerah Illahi,
biar dah x terhitung lagi,
tapi masih lupa mensyukuri..


lemah nya diri ini,
asyik lagha dengan urusan duniawi,
xpernah khuatir amalan diterima@ dipaling..


lemah nya diri ini,
bagaimana nak sambut seruan jihad??
baru sikit dilukai,
da menangis meratapi..


lemah nya diri ini..


semoga kita sume ader dalam redha Nya..

Tiada ulasan: